Friday 4 May 2012

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM


Konsep Sains dan Teknologi Dalam Islam
Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.
Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kita memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.
Disebabkan kekaburan maklumat yang diterima, ada di kalangan masyarakat yang menganggap sains dan teknologi sebagai suatu yang asing dari Islam.


Maksud Sains Islam
 Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
 Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)


Maksud Sains Islam (1)
 Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
 Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.

Maksud Sains Islam (2)
 Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
 Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.
 Gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam Islam.

PERANAN SAINS ISLAM
 Membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta
 Membantu manusia memahami persoalan Tauhid.
 Menegakkan hakikat kebenaran
 Membawa manusia bersifat tafakkur
 Membantu manusia memenuhi keperluan material
 Membantu dalam perlaksanaan syariat
 Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al Quran dan As Sunnah
 Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan.
 Memudahkan kehidupan manusia


Definisi Teknologi
 Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31).
 Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
 Antara tujuan utamanya ialah
 Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.
 Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
 Meningkatkan produktiviti
 Menjimatkan masa


Rumusan
1. Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti untuk
kemudahan dan kemakmuran kepada ummah.
2. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
3. Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.


Ciri-ciri sains Islam
1. Sains Islam ialah sains yang lahir dan berkembang hasil dari dokongan dan sumbangan ahli-ahli sains Islam.
2. Keadaan ini dapat dilihat pada ciri-cirinya yang unik dan bersifat teologisme.
3. Sains Islam adalah sains yang berteraskan kepada etika rahbaniyyah.



CIRI PERTAMA : BERSIFAT
RABBANIY(ciri keagamaan)
 Iaitu mengimani wahyu dan menerima ilham sebagai sumber dan penyuluh kepada kebenaran.
 Fakta-fakta sains diperolehi juga melalui al-Quran dan al-Sunnah.
 Ayat al-Quran dan al-Hadith menyebut tentang alam tabii yang menjadi objek kajian sains.
 Oleh sebab itu, penggunaan akal atau rasional yang merupakan pegangan utama Sains Barat bukanlah
satu-satunya sumber untuk mencari kebenaran.

ALAM TABII YANG MEMPUNYAI
KAITAN DENGAN ALAM METAFIZIK
 Setiap ilmu dikaitkan secara organis dengan prinsip ketauhidan kepada Allah s.w.t.
 Ilmu dalam Islam tidak sah sekiranya tidak dikaitkan dengan tauhid.
 Daripada konsep tauhid (kesatuan) inilah lahirnya konsep kesatuan ilmu (unity of knowledge) dalam falsafah epistemologi dan konsep kesatuan kebersebaban (unity of causalities) dalam proses kejadian alam dan sebagainya.

KAITAN RABBANIY DENGAN
SAINS
 Dalam sains Islam, peranan Tuhan ke atas alam ini tidak dikeluarkan. Oleh sebab itu, dalam
membicarakan tentang sebab-sebab sesuatu kejadian, sains Islam merujuk juga kepada sebab
metafizik (vertical cause) di samping sebab-sebab di alam fizik (horizontal cause).
 Allah merupakan penyebab pertama atau penyebab awal (The First Cause) bagi segala sesuatu,
manakala sebab-sebab lain adalah penyebab kedua.Peranan malaikat dan jin di alam ghaib juga diambil
kira sebagai penyebab kedua dalam ilmu kosmologiIslam.

ALAT UNTUK MENCARI
KEREDHAAN ALLAH
Keunikan sains Islam juga dapat dilihat pada sifatnya yang meletakkan sains sebagai alat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., iaitu satu bentuk pengabdian yang mempunyai fungsi kerohanian dan sosialnya.(Ziauddin Sardar,1992:23). Bagi Islam sains bukanlah semata-mata untuk sains, atau untuk memenuhi kerakusan nafsu material dengan menafikan unsur-unsur nilai dan kerohanian.

CIRI KEDUA :SAINS YANG
TERIKAT DENGAN SYARIAT
 Sains Islam terikat dengan batas-batas hukum dan etika yang kukuh. Salah satu prinsip yang menjadi
pegangan utama dalam sains Islam ialah, ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Islam tidak memberikan
apa-apa keistimewaan kepada matlamat atau kaedah sains yang cuba mengatasi batas-batas hukum dan
etika, sekalipun penyelidikan sains itu dianggap ada kebaikkan dan kepentingan untuk manusia seperti
pengklonan manusia, ibu tumpang, euthanasia, ‘organ transplantation’ dan sebagainya.
 Sains Islam bertanggungjawab untuk memihak kepada kebenaran, kerana sains menurut pandangan
Islam merupakan suatu pengabdian yang amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik.
 Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral. Dalam hal ini, terdapat amalan dalam sains
moden yang tidak memihak kepada kebenaran seperti fahaman bahawa seseorang ahli sains
seharusnya meminati ciptaan ilmu baru dan natijah penggunaannya.(Ziauddin Sardar,1992:40).

CIRI 3 : UNIVERSAL
 Selain dari itu, keunikan sains Islam juga terletak pada matlamatnya yang terunggul, iaitu untuk
membuktikan kebenaran Allah s.w.t.
 Pengkajian sains terhadap alam sarwajagat misalnya dapat membantu manusia menemui kebesaran Allah
s.w.t. sebagai Pencipta Yang Maha Berkuasa (al- Qadir) dan Maha Bijaksana (al-Hakim).
 Sains Islam disumbangkan oleh pelbagai bangsa yang mengamalkan pelbagai budaya dan berada di
pelbagai lokasi di atas muka bumi.


Ciri keempat : Sepadu
 Sepadu antara rohani dan jasmani
 Sepadu antara spiritual dan material
 Sepadu antara fardhu ‘ain dan fardhu kifayah
 Sepadu antara duaniawi dan akhirat
 Sepadu antara hamba dengan Tuhan

KEDUDUKAN SAINS DAN
TEKNOLOGI DALAM ISLAM
1. Bidang fardhu kifayah yang diperlukan untuk perlaksanaan fardhu ‘ain.
2. Ilmu pelengkap bukannya ilmu asas
3. Memenuhi kehendak manusia yang bersifat inventionist.
4. Membuktikan kebenaran Al Quran yang diturunkan oleh Allah swt.

Peranan Sains dan teknologi
Islam
 Menambah keimanan
 Membuktikan kewujudan Allah swt
 Memantu manusia beribadat
 Menyerlahkan kebenaran
 Memartabatkan minda dan akal fikiran
 Supaya ilmu terarah kepada kebenaran
 Bukti Al Quran firman Allah yang asli
 Membentuk negara yang tidak didominasi

Tuntutan Mengkaji Sains dan
Teknologi Dalam Islam
 Sains adalah fardhu kifayah yang membantu untuk melaksanakan fardhu ain
 Ayat-ayat Al Quran menyeru manusia berfikir, menggunakan aqal, membanding, mengkaji,
 Sains adalah ilmu pelengkap kehidupan manusia, hidup manusia menjadi mudah dan sempurna hasil kemajuan sains dan teknologi

Kesan Pengabaian Sains dan
Teknologi Ke atas Umat Islam
 Umat Islam suatu masa dahulu menguasai bidang sains
 Sains Islam menguasai dunia
 Ahli sains Islam adalah manusia yang kamil –menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah-ulama’ saintis
 Sains yang berkembang dalam dunia Islam menjawab semua persoalan manusia mengenai ketuhanan

Kesan Pengabaian Sains dan
Teknologi Ke atas Umat Islam
 Umat Islam menjadi lemah – pengguna bukan pencipta
 Umat Islam terpaksa belajar dari Barat
 Ciptaan sains barat banyak melalaikan manusia
 Sains digunakan dengan cara yang bertentangan dengan syariat
 Tidak dapat mempertahankan diri dari serangan Barat dan mengharapkan Barat untuk mempertahankan negara Islam

Kesan Pengabaian Sains dan
Teknologi Ke atas Umat Islam
 Kesan sosial – maruah umat Islam jatuh
 Kesan sosial – umat Islam menjadi mundur dan ketinggalan
 Kesan politik-berlaku penjajahan ke atas negara Islam
 Kesan ekonomi- negara Islam bergantung kepada kuasa asing untuk mendapatkan teknologi walaupun
negara Islam kaya dengan sumber alam.
 Kesan dalam pendidikan – perlaksanaan sistem pendidikan dualisme
 Kesan kesihatan- keperluan ubat-ubatan bergantung kepada teknologi Barat.


Sekian
Wassalam.....)

No comments:

Post a Comment