Friday 4 May 2012

ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI


1-Definisi Etika
  •  Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat.
  •  Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya.
  •  Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia [Abd Latif, 157]
2-Asas Etika Dalam Islam
  •  Aqidah : kepercayaan, keimanan kepada rukun iman yang enam.
  •  Syariah : peraturan, ketetapan hukum, berdasarkan kepada Al Quran dan As Sunnah 
  •  Akhlak : panduan tingkahlaku yang mulia melibatkan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitarnya
3-Kepentingan Etika Dalam Sains dan Teknologi
  • Sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka.
  •  Membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan
  • Sains juga tidak terlepas dari syariat
  • Menjaga kepentingan manusia dari kerakusan sains yang mengancam keselamatan manusia
  • Untuk melahirkan saintis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi
  • Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains
  • Untuk mempastikan penggunaan teknologi secara berhemah
4-Amalan Etika Islam Dalam sains dan teknologi

  • Yakin bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W. T.
  • Ikhlas Dan Niat Yang Baik
  • Bersifat Ihsan (kecekapan dan kecemerlangan)
  • Itqan (ketekunan dan kemahiran) dalam melakukan sesuatu
  • Bermusyawarah dan bermuafakat (perundingan dan bekerja secara berpasukan)
  • Mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsistensi
  • Membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada alam dan manusia
  • Menjauhi mafsadah – kerosakan ke atas manusia dan alam sekitar
5-Kesan Pengabaian Etika

  • Lahirnya teknologi mengikut kehendak komersil
  • Berlaku kerosakan kepada alam sekitar kerana kerakusan sains
  • Lahirnya saintis dan teknokrat yang tidak bermoral – mementingkan wang, kuasa dan nama
  • Sikap mementingkan diri sendiri
6-Isu-isu Etika Sains Moden

Pengklonan manusia
  •        Kebaikan
                  Mengatasi kekurangan tisu dan sel
                  Mengatasi kekurangan organ
  •        Keburukan
                  Merosakkan sistem kekeluargaan
                  Menjejaskan aqidah
                  Bertentangan dengan aqidah
Nuklear
  • Kebaikan
          Meningkatkan kualiti produk
          Mengesan penyakit lebih awal
          Menyimpan dan mengawet makanan
          Alternatif kepada sumber tenaga
  • Keburukan
          Kemusnahan ekosistem
          Kebocoran radio aktif
          Kemalangan nuklear
Pembedahan Plastik
  • Kebaikan
          Memberi kesempurnaan
          Menghilangkan keaiban
          Membina semula
          Mengembalikan fungsi
  • Keburukan
          Merubah ciptaan Allah swt
          Menipu rupa
          Mendatangkan kemudaratan

Sekian
Wasalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh....:)

3 comments:

  1. thanx for this information,ianya serba sedikit membantu diri ini membuat assignment,jazakallah

    ReplyDelete
  2. gambar dgn video ada ? berdasarkan amalan baik dan kepentingan
    etika dalam sains dan teknologi

    ReplyDelete